Showing posts with label Financial. Show all posts
Showing posts with label Financial. Show all posts

Saturday, October 28, 2017

APA ITU BITCOIN DAN PERNIAGAAN MATAWANG DIGITAL (DALAM TALIAN)

Apa Itu Bitcoin?

Bitcoin adalah matawang digital yang digunakan di Internet dan ia merupakan system pembayaran digital yang pantas.  Ia boleh dihantar dari satu individu kepada individu yang lain melalui website di Internet tanpa melalui bank {seperti p2p).  Ini bermakna kos penghantaran wang adalah lebih mudah, cepat dan murah.

Matawang digital ini boleh digunakan di seluruh dunia oleh sesiapa saja tanpa perlu tertakluk kepada sebarang peraturan pihak berkuasa bank pusat seperti Bank Negara Malaysia dan Federal Reserve Bank di Amerika Syarikat.  Matawang ini juga tidak boleh dibekukan kerana ia tidak melalui mana-mana bank.

Bagaiman Bitcoin Bermula?

Matawang ini dicipta oleh seorang yang hanya dikenali dengan nama Satoshi Nakamoto yang dipercai berbangsa Jepun.  Ada yang menyatakan Satoshi Nakamoto adalah satu watak yang tidak wujud sebenarnya.  Watak ini diwujudkan untuk melindungi individu atau kumpulan sebenar yang mewujudkan matawang ini.

Bagaimana Bitcoin Dibuat?

Bitcoin ini dicipta melalui aplikasi rumit dan memakan masa yang dipanggil Bitcoin Mining Machine.  Proses ini dipanggil "mining".

Bagaimana Bitcoin Disimpan?

Bitcoin disimpan dalam Bitcoin Wallet iaitu website bank online atau PayPal yang anda pernah gunakan.  Anda juga boleh gunakan Bitcoin Wallet ini untuk menghantar dan menerima wang.  Penghantaran dan penerimaan adalah berdasarkan alamat emel dan password anda.

Apa Yang Boleh Dibeli Dengan Bitcoin?

Kebanyakan kedai online di Internet sudah mula menerima pembayaran melalui Bitcoin.  Antara perniagaan besar yang menerima Bitcoin adalah Dell, Virgin, Microsoft dan Expedia.

Berapa Nilai Bitcoin?

Pada masa ini, nilai Bitcoin adalah USD5,733 di Amerika Syarikat dan RM24,318 di Malaysia.  Nilai asal Bitcoin di Amerika Syarikat adalah kurang dari USD1.00 pada tahun 2010.  Di Malaysia pula, nilai asalnya kurang dari RM1,000 pada tahun 2012.

BERMINAT?  Daftar dengan percuma di sini: https://nori52.usi-tech.info/register
WA: 0122828811